Satay Isabella

Posted by Malay Shops on Saturday, 1 June 2013



Anda dah makan ? Makan apa arini ? Jom kita ke gerai Isabella. Boleh makan satay ayam atau daging. Kat sini sataynya sedap dan murah. Tengok gambar satay pun dah lapar. Kalau dapat makan satay.... ahhhh bestnya.

jom makan satay di gerai satay isabellaTapi adakalanya tempat yang makanan sedap-sedap ni parking pulak masalahnya. Pusing dua tiga kali pun kadang-kadang masih tak ada tempat parking. Dari perut lapar boleh jadi kenyang. Itu belum kira lagi masa dan minyak yang dah dibazirkan. Jadi, jom ke Gerai Isabella di Kuantan. Parking memang tak ada masalah langsung. Percuma lagi. Jimat belanja.


Sekiranya anda bercadang untuk merasai keenakan Satay Isabella, jangan datang di waktu pagi atau tengahari. Datangla pada waktu lebih kurang pukul 6.00 petang. Masa tu bisnes dah mula.

Nikmati keenakan satay kami dengan hanya 50 sen sebatang !!!

Antaranya... satay ayam,daging dan hati ayam. Dihidangkan bersama dengan nasi himpit.


Antara masakan panas yang turut disediakan termasuklah...


Sila kunjungi kami di premis berikut : 

Gerai Isabella, 
No. 1 Gerai MPK,  
Taman Cenderawasih,  25200 
Kuantan, Pahang Darul Makmur.
013 931 7267 
013 964 0794
013 956 7049

{ 0 comments... read them below or add one }