Kursus Teknik Mengajar Al-Quran

Posted by Malay Shops on Thursday, 3 January 2013

Assalamualaikum semua...

Sempena tahun baru 2013, lebih banyak program promosi dan aktiviti sedang dirancangkan. Mana-mana program yang sudah dijalankan sekarang kini dikemaskinikan lagi untuk memberikan hasil yang lebih baik kepada semua VIPMember MalayShops.

Bersempena dengan tahun baru ini, kami di MalayShops kini sedang giat mempromosikan

KURSUS AL-QURAN ANJURAN BERSAMA MALAYSHOPS

Kursus ini terbuka kepada semua yang berminat untuk mendalami teknik-teknik untuk mengajar Al-Quran. Ianya tidak kami fokuskan kepada guru-guru yang sedang mengajar atau akan mengajar Al-Quran sahaja tetapi termasuklah kepada ibubapa yang berhajat untuk mengajar anak-anak sendiri di rumah sebagai  kaedah untuk merapatkan hubungan sesama keluarga dan mendekatkan diri sekeluarga kepada Al-Quran.

Dalam kursus ini kami tidak memberikan kepada satu teknik sahaja untuk mengajar Al-Quran. Kami memahami bahawa tahap pencapaian adalah berbeza di antara satu sama lain. Lantaran itu, pelbagai teknik mengajar Al-Quran kami akan dedahkan kepada peserta kursus agar dapat memberikan pengajaran yang terbaik kepada anak-anak muridnya nanti. Dengan itu kami menjangkakan kelas Al-Quran yang akan dikendalikan oleh peserta-peserta dari kursus ini akan lebih mudah dan ceria serta hasil yang lebih baik kepada semua pelajar. 

Kursus Teknik Mengajar Al-Quran ini akan dikendalikan oleh seorang ustaz yang mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang ini. Antara pengalaman beliau termasuklah membantu tahfiz-tahfiz di seluruh Malaysia membangun dan melengkapkan program-program tahfiz, bekas guru pengajian iqra' di radio Pahang, perunding pendidikan Al-Quran dan juga bekas pengurus Akademi Tahfiz Al-Ameen.

Kami di MalayShops meletakkan harapan yang tinggi kepada tenaga pengajar Kursus Teknik Mengajar Al-Quran ini agar dapat berkongsi sepenuhnya pengalaman-pengalaman yang ada kepada semua peserta kursus.

Untuk memastikan kelancaran kursus, kami hanya menetapkan sebanyak 40 orang peserta sahaja untuk setiap sesi. Kelas akan diadakan pada setiap hari sabtu dan ahad dan jangkamasa kursus adalah satu hari iaitu dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Secara ringkasnya, yuran kursus sebanyak RM100 merangkumi perkara-perkara berikut :
1. sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang sewaktu kursus
2. kos sewa dewan
3. nota, fail dan sijil disediakan

Modul kursus adalah seperti berikut :
  1. Pengenalan dan sebutan huruf
  2. Teknik baca secara fenotik (tanpa eja)
  3. Teknik tajwid
  4. Teknik mengaji
  5. Teknik hafazan
  6. Psikologi kanak-kanak dalam pengajaran al-quran
  7. Pengurusan kelas kanak-kanak
Kepada yang berminat untuk mendapatkan info selanjutnya, boleh menghubungi kami di talian 

01110 622358

Anda juga boleh menghantarkan sebarang pertanyaan berkaitan dengan Kursus Teknik Mengajar Al-Quran ini dengan cara klik pada butang emel yang berikut. Sila isikan borang dan hantarkan pada kami. Insyaallah, kami akan berusaha untuk menghubungi anda secepat mungkin.

PERHATIAN : 
100 PENDAFTARAN PERTAMA AKAN MENDAPAT CENDERAHATI DARI MALAYSHOPS. DAFTAR SEKARANG AGAR TIDAK TERLAMBAT. 
JANGAN LUPA... HANYA 40 PESERTA UNTUK SETIAP SESI. OLEH ITU JADIKAN DIRI ANDA SEBAGAI ANTARA 40 PESERTA YANG PERTAMA MENDAFTAR BERSAMA KAMI.

Nota kursus termasuk makan minum disediakan. Mereka yang berminat tidak perlu membayar sepenuhnya yuran kursus untuk mendaftar. Hanya perlu membayar deposit sebanyak RM50 dan RM50 lagi boleh dibayar sebelum menghadiri kursus. 

{ 0 comments... read them below or add one }