Kami Hanya Ingin Memudahkan Urusan Pemasaran Anda

Posted by Malay Shops on Monday, 17 December 2012

Assalamualaikum semua...

Terima kasih kerana masih mengunjungi laman kami di sini.

Program Bisnes Kad yang kami usahakan ini sebenarnya bukanlah satu program seperti lain-lain program yang ada dalam pasaran dan di sekeliling anda. Kami namakannya sebagai Program Bisnes Kad kerana kami tidak menemui nama yang lebih baik untuk digunakan semasa kami ingin memulakan usaha ini.

Kenapa anda yang mempunyai bisnes secara kecil-kecilan perlu menyertai Malayshops :
  • Tiada kos tambahan dari segi pemasaran. Anda berjumpa dengan pelanggan dan melakukan kerja-kerja jualan dan pemasaran untuk memajukan bisnes anda. Pada masa yang sama kami juga melakukan kerja-kerja pemasaran dan jualan untuk anda. Tetapi apabila ada orang yang ingin membeli barangan anda, kami akan menyarankan agar dapat menghubungi anda secara terus. Anda mendapat bisnes dan keuntungan. Pelanggan mendapat produk dari anda. Kami menghubungkan anda dan pelanggan. Kelebihan anda ialah KAMI TIDAK MEMINTA KOMISEN DARI TRANSAKSI BISNES ANDA.
  • Mempunyai tenaga kerja pemasasaran yang ekstra. 
  • Tak perlu menyelenggara laman web atau blog. Semua VIPMember MalayShops akan diberikan http://malayshops.com/namabisnesanda. Kami hanya meminta anda mengedarkan bisnes kad anda sendiri dan alamat url laman anda sahaja. Semakin ramai pelanggan yang anda jumpa dan berikan bisnes kad anda kepada mereka, semakin banyak peluang untuk anda dikenali oleh orang lain. Bukan semua pelanggan anda akan berpeluang untuk mendengar cerita bisnes anda. Ada di kalangan mereka akan melayari laman anda di http://malayshops.com/namabisnesanda. Anda tidak perlu mengemaskinikan laman anda di MalayShops. Kami lakukannya untuk anda.
  • Pemasaran secara offline dari pelbagai sumber. Syarat utama untuk menyertai program kami ialah dengan menempah bisnes kad anda sendiri. Itu sahaja yang kami perlukan dari anda. Walaubagaimanapun, kami juga membuat poster dan brosur serta banner untuk dipasang di tempat-tempat yang tertentu untuk menggalakkan orang ramai melayari laman MalayShops dan Program Bisnes Kad. Semua kos untuk urusan ini kami usahakan sendiri tanpa meminta apa-apa kos tambahan dari semua VIPMember MalayShops. 
  • Bagaimana pula dengan VIPMember MalayShops yang membantu urusan pemasaran bisnes anda ? Mereka memberikan bisnes kad mereka kepada pelanggan tetapi secara tidak langsung mereka juga memperkenalkan bisnes anda juga. Begitu juga dengan anda sendiri. Oleh itu semua VIPMember MalayShops sebenarnya saling bekerjasama untuk memajukan bisnes masing-masing. 
  • Tiada komisen dikenakan untuk barang yang anda jual. Apa sahaja barangan yang anda jual melalui laman anda di MalayShops adalah keuntungan anda sendiri. Kami tidak meminta apa-apa komisen pun dari anda. 
  • Pelanggan bebas berinteraksi dengan peniaga yang terbabit. Kami sediakan ruangan interaksi anda melaui facebook. Gunakan sebaik mungkin untuk memudahkan urusan anda dengan pelanggan-pelanggan anda.
  • Membolehkan tawar menawar berlaku di antara peniaga dengan pembeli. Semua urusan bisnes anda adalah bergantung kepada kebijaksanaan anda sendiri. Kami membawa pelanggan kepada anda. Anda perlu menawarkan harga terbaik untuk membolehkan pelanggan membeli dengan anda.

Apa lagi yang kami perlu lakukan untuk memudahkan anda ? Sila kemukakan sebarang cadangan dan idea bernas anda kepada kami melalui ruangan hubungi kami.

Semoga segala usaha yang anda lakukan untuk memajukan bisnes anda akan sentiasa memberikan hasil yang terbaik untuk anda semua.

Salam hormat dari kami semua di MalayShops.

{ 0 comments... read them below or add one }