Diskaun Penginapan Di Putrahomestay

Posted by Malay Shops on Thursday, 13 December 2012


Dapatkan penjimatan minima RM40.00 untuk penginapan di Putra Homestay kami di Putrajaya.  Lebih lama anda menginap di homestay kami, lebih diskaun dan kemudahan kami sediakan untuk anda. Ianya bukanlah selama-lamanya promosi ini kami lakukan. Hanya untuk waktu yang terhad. 

Home Stay kami terdiri dari 2 kategori harga iaitu pakej RM180.00 dan RM240.00. Anda boleh mendapatkan info lanjut mengenai homestay kami di http://putrahomestay.malayshops.com.

Putrajaya sememangnya sentiasa padat dengan pelbagai aktiviti. Ia adalah sebagai pusat utama untuk pelbagai acara kemuncak sama ada di peringkat nasional dan juga antara bangsa. 

Pelbagai aktiviti diadakan disini. Malahan kolej-kolej swasta dan kerajaan kini banyak menggunakan PICC sebagai lokasi majlis konvokesyen kerana strategiknya kawasan tersebut. 

Namun bila nak ke Putrajaya ni antara masalah utamanya ialah bila memikirkan penginapannya takde yang murah-murah. Nak cari hotel bajet ? Memang tak jumpanya, kerana dengarnya Perbadanan Putrajaya memang tidak membenarkan hotel-hotel sebegini beroperasi di Putrajaya. Jadi pilihan yang ada ialah hotel-hotel di Puchong, Kajang, Serdang, Bandar Baru Bangi dan lain-lain yang berhampiran. Kalau anda bernasib baik dapat la menginap di homestay. Kalau homestay dah penuh ? Cuba la di Putra Homestay.
Lawati http://putrahomestay.malayshops.com untuk maklumat lebih lanjut.

{ 0 comments... read them below or add one }